Thursday, April 16, 2009

continue..

6 petang seperti yang di janji. Jack dan Ben bergegas untuk ke Bilik Pensyarah. Meraka akan bertemu dgn Ellen di bilik pensyarah tp ada sesuatu yang menbuat mereka begitu berminat untuk kesana.
‘ Jack, time ni la ko nak usha awek. Time nak amik jadual nie, leh la ko jupe bakal rakan sekelas kau.hahaha’ kata Ben.
‘ ah malas aku nak kenal2. Mcm aku peduli je.’ Kata Jack pula.
Ben hanya diam. Dia seolah-olah faham bahawa Jack mempunyai pendiriannya sendiri. Segala pertanyaan dan persoalan yg dikemuka kan oleh Ben kepada Jack akan di bidas olehnya dengan jawapan yang pastinya tidak dapat memuaskan hati si Ben. Lebih2 lagi soal percintaaan.
‘Ben! Wah kau bukan main kurus lagi ey? Dulu kau gemuk tau x.’ kata Ellen sambil riak wajahnya seperti baru memenangi satu juta.
‘makin lawa kau Ellen! Leh la aku tekel. Ops!’ kata Ben yang sememangnya gemar bergurau.
‘Jack mane?’ kata Ellen bila mendapati Jack tiada bersama Ben.
‘Jack g salin jadual jap, Ellen mari kita duduk, dah lame x bergosip ngan ko. Kekeke.’ Ujar Ben sambil menuju kearah bangku yang berada berdekatan dengan mereka.
_____________________________________________________________________________________
Jack tergaru2 kepalanya yang tidak gatal itu apabila menyedari pen yang dibekalnya di bilik tadi kini tiada bersamanya.
‘dah jatuh la nie’ keluh Jack dalam hati.
Laluan bilik pensyarah ternyata penuh dengan pelajar semester satu. Masing2 tekun menyalin jadual yang di tampal oleh ketua Koordinator. Tapi tidak untuk Jack. Beliau hanya terpaku disuatu sudut sambil menanti sesiapa yang dia kenali untuk meminjam pen.
Di hadapan matanya kelihatan seorang gadis berbaju merah sedang menunjukkan raut muka yang tidak selesa. Gadis yang bertubuh kecil itu seakan-akan rimas dengan keadaan panas dan ramai orang.

No comments: